PENGENALAN

Pencapaian pelajar bandar dengan luar bandar dalam peperiksaan UPSR, PMR & SPM sering dibanding.  Memang terdapat perbezaan yang ketara dalam pencapaian mereka.Pencapaian pelajar luar bandar lebih rendah berbanding pelajar dari bandar.  Perkara ini telah lama berlanjutan terutamanya di kalangan keluarga termiskin.

Pelbagai usaha telah dijalankan bagi mengurangkan jurang tersebut di mana pelajar dan pihak sekolah menjadi sasaran utama.  Kesemua program tersebut telah banyak membantu namun adakah ianya mencukupi?  Sekiranya mencukupi kenapa masih terdapat perbezaan ketara?  Bahkan jurangnya semakin melebar.  Bagaimana dengan ibu bapa?  Berapa banyakkah program yang dijalankan bagi membantu mereka untuk membimbing anak-anak?  Macamana nak bantu anak dalam pelajaran sedangkan mereka sendiri tidak berpelajaran?

SHINE ACADEMY menyediakan penyelesaian kepada masalah tersebut melalui kursus PIMPA (Persediaan Ibu Bapa Menghadapi Peperiksaan Anak-anak).Peserta dipandu serta dimotivasi untuk mendorong anak-anak mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan.Paling tidak pun jika tidak mampu membantu mereka tidak akan mengganggu anak-anak belajar.

MATLAMAT 


Menimbulkan kesedaran kepada ibu bapa bahawa kecemerlangan pelajaran boleh membawa mereka keluar dari kepompong kemiskinan dan ianya boleh dicapai melalui kecemerlangan pelajar anak-anak. Anak-anak pula perlukan bimbingan serta dorongan bagi mencapai impian tersebut dan ibu bapalah orang yang paling layak menggalas tugas murni ini. 

KONSEP


Alami, Imaginasi, Bina Impian, Capai Impian
Peserta dihidang dengan suasana selesa serta santai dan dibawa kehidupan yang lebih selesa serta mewah. Mereka dimotivasi untuk membina impian seterusnya mencapai impian di mana sebenarnya semua orang punya peluang yang sama untuk berjaya jika mereka pilih untuk berjaya dan berusaha untuk berjaya.

OBJEKTIF


a)  Menyedarkan ibu bapa bahawa kecemerlangan pelajaran boleh membawa          mereka keluar dari kepompong kemiskinan.
b)  Merapatkan jurang pencapaian UPSR, PMR & SPM antara pelajar bandar          dengan luar bandar.
c)  Mengingatkan ibu bapa bahawa sekiranya tidak dapat membantu sekurang-        kurangnya jangan mengganggu anak-anak belajar.
d)  Membantu ibu bapa untuk dapat membantu anak-anak supaya cemerlang di      dalam peperiksaan.
e)  Memahamkan ibu bapa akan hala tuju anak-anak selepas UPSR, PMR &            SPM.
f)  Menyedarkan ibu bapa akan peranan mereka dalam membantu anak-anak          menghadapi peperiksaan.
g)  Membantu ibu bapa supaya pandai menghargai pencapaian anak-anak.
h)  Memberi panduan supaya ibu bapa tahu bagaimana untuk memantau aktiviti      harian anak-anak.

IMPAK KURSUS

a) Ibu bapa sedar bahawa kecemerlangan pelajaran boleh membawa mereka         keluar dari kemiskinan.
b) Ibu bapa menjadi lebih prihatin dalam membantu anak-anak menyiapkan diri       menghadapi peperiksaan.
c) Ibu bapa memahami ke mana hala tuju anak-anak mereka selepas UPSR,           PMR & SPM.
d) Ibu bapa sedar sekiranya tidak dapat membantu anak-anak mengulangkaji         sekurang-kurangnya tidak menyusahkan mereka.
e) Menimbulkan keinginan tinggi ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka ke       luar dari kepompong kemiskinan.
f) Ibu bapa sedar bahawa semua orang mempunyai peluang yang sama untuk       berjaya serta mereka boleh berjaya jika mereka pilih untuk berjaya seterusnya     berusaha untuk berjaya.

KANDUNGAN KURSUS

a)   Ice breaking
b)   Motivasi - Matlamat Hidup
c)   Motivasi - Bina Impian, Capai Impian
d)   Muhasabah Diri
e)   Riadah
f)   Ceramah - Ke Mana selpas UPSR,PMR & SPM.
g)   Panduan & Bimbingan - Peranan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-Anak.
h)   Wawancara - Ibu atau Anak Mithali
i)    Motivasi - Haiya'alalfalah
j)    Bimbingan - Persediaan Ibu Bapa Menghadapi Peperiksaan Anak - Anak.
k)   Ceramah - Pengukuhan Rohani , Intelek, Emosi , Fizikal.
l)    Motivasi - Jangan Berdalih Katakan Boleh
m)  Permainan Bermesej
n)   Dialog - Perkongsian pengalaman / pandangan dengan peserta. 

KAEDAH PENYAMPAIAN

a)   Ceramah Motivasi 
b)   Panduan & Bimbingan
c)   Aktiviti Permainan Bermesej
d)   Perkongsian Pengalaman - Ibu Bapa Cemerlang.
e)   Muhasabah Diri

SASARAN PESERTA

Keluarga termiskin dari luar bandar . 
Keutamaan ialah :
a)  Ibu bapa yang anaknya akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR & SPM.
b)  Ibu bapa yang tidak berpelajaran.
c)  Ibu Bapa yang mempunyai keluarga besar.
d)  Ibu atau bapa tunggal.

BILANGAN PESERTA

Bilangan peserta ialah diantara 100 hingga 150 orang per sesi. 

TEMPOH KURSUS

Bagi memperolehi impak optima serta mengambil kira kelapangan ibu bapa maka kursus ini dijalankan selama 3 hari 2 malam.

PENGINAPAN

Sepanjang kursus dijalankan , para peserta akan menginap di kem atau hotel/resort bertaraf tiga bintang dengan kemudahan makan minum yang mewah bagi menimbulkan keinginan untuk terus menikmatinya terutama untuk anak cucu mereka kelak.

TEMPAT LATIHAN

Peserta akan menjalani latihan di daerah masing-masing iaitu di kem latihan, hotel atau resort bertaraf tiga bintang dengan kemudahan latihan yang lengkap.

TENAGA PENGAJAR

SHINE ACADEMY menyediakan tenaga pengajar yang berkaliber dan berpengalaman bagi memastikan matlamat kursus mencapai tahap optimum. 

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

Kemudahan yang akan diperolehi oleh peserta kursus PIMPA ini ialah :

a) Pengangkutan pergi balik ke/dari tempat kursus
b) Penginapan yang selesa.
c) Makan & minum sepanjang kursus iaitu :
  • Sarapan 2 kali
  • Minum pagi 2 kali
  • Makan tengahari 3 kali
  • Minum petang 2 kali
  • Makan malam 2 kali
  • Minum malam 2 kali     
d) Bahan latihan & nota lengkap kursus
e) Dewan seminar serta kelengkapan dewan
f)  Kemudahan riadah
g) Tempat solat

PENILAIAN

Penilaian akan dilakukan sebaik sahaja selesai kursus melalui borang maklumbalas yang diisi oleh peserta. Analisa keberkesanan serta faedah program akan dihantar kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.

KESIMPULAN

Bersandarkan kepada hakikat bahawa kecemerlangan pelajaran mampu membawa seseorang keluar dari kepompong kemiskinan maka adalah wajar kursus ini dijalankan bagi membantu ibu bapa termiskin luar bandar membina IMPIAN seterusnya mencapai IMPIAN untuk membawa keluarga mereka keluar dari kedaifan. Pendedahan serta panduan kepada bagaimana ianya boleh dilakukan perlu diadakan segera sekiranya kita ingin melihat wawasan 2020 menjadi kenyataan. Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah adalah kementerian yang paling relevan serta efisyen untuk menggerakkan anjakan paradigma ini.



No comments:

Post a Comment